16 Mac 2017 – SM Sains Sabah telah diumumkan sebagai sekolah terbaik pada tahun ini dalam pencapaian Peperiksaan Sjili Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri Sabah . Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPS) yang diperolehi oleh SMESH pada kali ini ialah 2.40 berbanding 2.60 pada tahun 2015. Seramai 13 orang pelajar mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil dan 7 orang mendapat 8 A dan 1 B. Manakala subjek yang cemerlang kali ini ialah Matematik 0.74, Pendidikan Islam 0.76, Bahasa Inggeris, sejarah dan Matematik Tambahan.

Pelajar Terbaik ialah Yasmin Batrisyah, Mohd Fauzi Lee, Huda dan Zuheem Hamzah.

Kejayaan SMESH kali ini disebabkan usaha gigih murid, guru dan ibu bapa dalam mengatur dan melaksanakan program akademik yang tersusun dan terancang. Pada tahun lepas SMESH dari awal tahun lagi telah mengadakan Kelas Tambahan Terancang, Perkampungan Ilmu, Ceramah Akademik, Skor A Plus dan sebagainya. Semoga kejayaan ini berteruskan untuk warga SMESH yang sentaiasa unggul dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *