SM Sains Tuanku Jaafar atau STJ, Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah melaksanakan Lawatan Penandaarasan dan Kerjasama Pintar dengan SM Sains Sabah pada 14 April 2017. Robongan STJ diketuai sendiri oleh pengetua mereka iaitu Pn, Hajah Aii Binti Md Jadi . Selain iti turut mengiringi mereka ialah PK HEM, En Kamarulzamri, GPB dan En Azizan Hassan, Ketua Penyelaras Pelajar. Rombongan STJ telah disambut oleh guru-guru dan pemimpin pelajar SMESH kira-kira pukul 9.00 pagi, Majlis Kolaborasi bermula dengan ucapan dan pembentangan dalam bidang ICT, Kepimpinan Pelajar. Selepas itu sesi kerjasama dan hand on ringkas tentang Google Classroom dan pameran Robotik Arduino telah dilaksanakan. Majlis menandatangani kerjasama pintar juga telah diadakan, Semoga jalinan dan kerjasama ini memberi manfaat dan memajukan lagi kedua-dua buah sekolah,