Pertandingan  Forum Remaja, Syair, Sajak dan Sahibba telah dilaksanakan dengan jayanya di SM Sains Sabah pada 19 April. SMESH telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan tersebut yang disertai oleh 8 buah sekolah di Daerah Tuaran. Bagi Pertandingan Forum Remaja, SMESH telah menduduki tempat kedua di belakang SMK Sri Nangka. Manakala bagi kategori Syair pula SMESH juga menduduki tempat kedua. Kejayaan SMESH lebih manis apabila pasukan Sahibba SMESH yang disertai oleh pelajar Tingkatan 1 telah menjadi juara. Syabas dan Tahniah.