Pada 20 APRIL lepas satu program pemantapan dan perancangan semula akademik di SMESH telah diadakan oleh Bahagian Akademik SBP yang diketuai oleh KPP En. Anuar Ismail, En. Roslan Tangah dan En Roslan Abdullah. Program yang dikenali juga sebagai Dialog Prestasi ini dilaksanakan bersama pemimpin sekolah atau G8.Program telah dimulakan dengan pembentangan Strategi dan hala tuju SPM 2017 oleh PK1 En. Jaini Laidin. 

Sesi kedua pula ialah Pembentangan dan Perancangan Akademik oleh KPP. Dalam pembentangan ini KPP telah menunjukkan hala tuju dan headcount sekolah yang telah selari dengan matlamat yang ingin dicapai. Misalnya SMESH telah membahagikan pelajar SPM 2017 kepada tiga kumpulan dalam Program yang dinamakan GEGAR SPM 2017. Antara perkara menarik yang disentuh oleh Tuan KPP ialah hubungan psikomettrik pelajar dengan teknik pengajaran yang sepatutnya digunakan di kelas. Beliau juga menekankan PdP dalam kelas dan selepas itu pelajar diberi ujian atau kuiz. Guru tidak digalakkan untuk memberi kerja rumah yang banyak dan membebankan  pelajar. 

Sesi perkongsian dan dialog prestasi ini sungguh bermanfaat dan memberi pengajaran dan panduan kepada sekolah. Terima kasih.