Hari ini berlangsungnya Program Video STEM di SM Sains Sabah bagi sekolah-sekolah terpilih di Sabah dan Sarawak. Seramai 10 Fasi dan 5 orang pegawai dari KPM dan SBP telah menyelaras program ini yang diketuai oleh En. Aidie Jantan dan Dr. Raudhah. Program ini menggunakan sistem pengajaran bercampur bagi subjek sains, teknologi kejuruteraan dan matematik. Di antara matlamat projek ini ialah meningkatkan pencapaian dan peratusan enrolmen pelajar sains dan matematik di Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan membantu guru-guru STEM di sekolah untuk mengajar mata pelajaran STEM. Seramai 100 orang guru telah dijemput untuk mengikut taklmat dan bengkel STEM ini.