3 Р4 MEI : Sepasukan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM telah membuat pemeriksaan pelaksanaan KBAT dalam semua aspek pengurusan, PdP dan Kokurikulum di SM Sains Sabah. Pasukan Jemaah nazir ini terdiri daripada 4 orang ahli dan  diketuai oleh Timbalan Nazir Negeri Sabah. Pemeriksaan kali ini berfokus kepada aspek pengurusan sekolah, subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Muzik dan Seni Visual. Sebanyak 7 oarang guru telah dicerap dan fokus kepada aktiviti KBAT, ciri pendidikan abad ke-21. Selain daripada aktiviti kokurikulum, seperti aktiviti kelabd dan persatuan juga dicerap bagi memastikan pelaksanaan KBAT dan kemahiran berfikir dan penyelesaan masalah dilakasanakan. Dalam hal ini penekanan kepada program 1 murid satu projek diutamakan.

Pada hari terakhir, Timbalan Ketua Nazir telah merumuskan bahawa SMESH telah melaksanakan KBAT dengan baik dalam aspek pengurusan, PdP dan aktiviti Kokurikulum. Inovasi telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di sekolah seperti penyediaan eRPH dan Sistem Dalam Talian Akademik dan Kokurikulum. Beberapa perkara yang perlu ditambahbaik tempat pameran bahan yang dihasilkan dan keselamatan dalam bilik  darjah. Keseluruhannya pemeriksaan kali ini banyak memberi pengetahuann dan tunjukajar kepada semua warga SMESH.