7 MEi : Seramai 98 orang pelajar SMESH telah menyertai BIM atau Borneo International Marathon baru-baru ini. Program besar ini telah disertai oleh lebih daripada 10,000 orang peserta dari seluruh dunia. Banyak ketegori telah dipertandingan dari Marathon 3 Kilometer Golongan Istimewa, pelajar sekolah dan acara terbuka 10km, 20 km dan 42 km. Acara ini bermula kira-kira puku 3 pagi lagi dan memenuhi seluruk kawasan stadium Likas.

SMESH juga turut gembira kerana semua pelajar SMESH yang terlibat telah berjaya sampai dalam masa yang ditetapkan. Semua mereka telah mendapat diberikan sijil dan pingat. Tahniah dan jumpa lagi pada tahun 2018 dengan penyertai yang lebih ramai.