25 MEI : Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan meriah dan sedarhana hari ini. Program kali ini telah dimulakan dengan aktiviti bersarapan bersama guru dan mentee di Dewan Makan dan sekitar kawasan sekolah. Prgram diteruskan dengan senam tari yang dikendalikan oleh guru-guru praktikal, guru ganti dan guru SMESH. Acara senam tari ini cukup meriah dan bersemangat sekali. 

Acar lain ialah pertandingan boling kelapa guru-guru, rekaan pakaian kreatiif super hero dan pertandingan memasak roti. Program akhir sekali ialah perhimpunan Hari Guru yang bermula pukul 10.00 pagi. Proram ini dimulakan dengan ucapan Hari Guru oleh Penolong kanan pentadibiran, En Jainii Laidin. Program diselang-selikan dengan persembahan guru dan pelajar, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Tahniah dan terima kasih kepada Pn Dayang Hazalinah dan semua guru serta pelajar Tingkatan 4 yang menyelaras majlis kali ini. 

SELAMAT HARI GURU..TERIMA  KASIH CIKGU !