26 MEI РTelah dilancarkan satu program besar dan penting di SM Sains Sabah iaitu peramian Program Perkampungan Ilmu atau PPI serta Soaring Upword yang diilhamkan dan diselaraskan oleh PIBG SM Sains Sabah. Program ini merupakan salah satu strategi akademik yang memberi fokus kepada persediaan murid Tingkatan 4 dan calon SPM untuk menghadapi peperiksaan mereka. Program ini menyediakan kelas-kelas khas dan guru-guru pakar dalam  perlaksanaannya.

Lebih menarik lagi peramian program ini telah dilakukan oleh YB, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Mohd Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Negeri Sabah. Beliau yang merupakan anak jati Tuaran amat menyokong pendidikan di daerah ini dan telah mencadangkan agar Sekolah sains dikekalkan di daerah ini. walaupun SM Sains Sabah nanti berpindah semula ke tapak asal. Bellau berharap agar diadakan perbincangan segera tentang perkara tersebut dengan KPM. 

Program hari ini lebih manis lagi dengan pengumuman subangan ikhlas daripada Datuk Seri Panglima, sebanyak RM 20,000.00 untuk tabungan pembelian van sekolah yang telah dilancarkan awal tahun lagi. Perkara ini memandangkan Coaster sekolah yang selalu rosak dan telah lama digunakan.

Terima kasih dan moga SMESH terus unggul dipersada Pendidikan.