15 Julai РSambutan Hari Raya Perdana SMESH telah diadakan pada sebelah petang Jumaat 14 Julai lalu. Majlis yang diadakan di Dewan Tun Mustapha IPG Kent ini sungguh meriah walaupun dibuat secara sederhana. Pelbagai jenis juadah raya, dari kuih tradisional, nasi pelangi, nasi minyak, nasi arab hinggalah soto dan  laksa disediakan untuk warga smesh, ibu bapa dan para jemputan. Kehadiran tetamu pada kali ini sangat ramai, termasuklah dari PPD Tuaran, IPG Kent dan Presiden Alumni dan PIBG SMESH.

Selain persembahan lagu raya, karaoke dan nyanyian lagu raya beramai-ramai juga diadakan. Manakala satu aktiviti yang menarik diadakan ialah sesi bergambar raya yang disediakan oleh Ust Wan bersama ahli Kelab Fotografi.

Tahniah semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.