11 – 14 SEPT 2017, minggu lepas SM Sains Sabah telah menganjurkan Sukan tahunanya kali ke-33. Sukan pada tahun ini telah diadakan di Padang Sekolah, IPG Kent Tuaran. Penganjuran kali ini diadakan di sekolah untuk tahun kedua bagi mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat.

Sukan kali ini telah berjalan dengan lancar walaupun pada hari pertama dan kedua hujan dengan lebat. Setiap rumah yang bertanding telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang membara dalam acara yang disertai. Pada temasya Sukan Tahun ini, Rumah Tun Ahmad Rafaei (TAR) telah menjadi juara keseluruhan dengan pungtan 29 emas. Tempat kedua pula disandung oleh Tun Datu Mustapha dan seterusnya diikuti oleh Tun Said Keruak (TSK) dan Tun Fuad Stephen (TFS).Johan Perbarisan dan Rumah Kreatif telah dimenangi oleh Rumah TDM. Tahniah kepada semua pemenang.