11 JUN – Hari ini SMESH bertuah kerana menerima kunjungan KPP Akademik SBP, En Anuar Ismail dan En Roslan Tangah. Perjumpaan dengan semua ahli Majlis Sekolah telah bermula pada pukul 1.30 petang sehingga jam 5.00 petang. Banyak perkara telah dibincangkan terutama dalam mengatur strategi pemantapan pelajar Tingkatan 4 dan SPM pada tahun ini. Pegawai bahagian juga telah memberi input yang berguna kepada semua pelajar Tingkatan 5 pada sebelah malamnya. Manakala perjumpaan dengan guru guru telah diadakan pada 12 Jun dari pukul 8 pagi hingga 11.30 tengah hari. Bagi pihak sekolah kami memgucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih diatas tunjuk ajar yang diberikan.