14 JULAI – Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG telah dilaksanakan pada pagi ini di Dewan Hone IPG Kent Tuaran Sabah. Mesyuarat kali ke-33 kali ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah. Beliau mewakili Datuk Dr Yusof Yacob sebagai perasmi dalam program pagi ini.

Turut hadir dalam program kali ini ialah Pn Tahnia hj. Jaman Ketua Pegawai PPD Tuaran, Dato Hussain Abd Rahman CEO MobilityOne yang membekal kad digital tanpa tunai.

Yang Berhormat telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan seterusnya melancarkan penggunaan kad Digital. Program eWallet ini merupakan projek rintis yang pertama di Sabah. Dengan penggunaan kad ini pelajar tidak memerlukan wang tunai untuk berbelanja di kantin atau koperasi sekolah. Ibu bapa hanya perlu menghantar wang secara online kepada anak anak mereka.