6 OGOS Program Kecemerlangan akademik yang dinamakan Jalinan Akademik SMESH SMEXCEL telah menutup tirainya hari ini. Program ini telah berlangsung di SM Sains Sabah dari 3 – 6 Ogos . Program ini merupakan program kali kedua, di mana pertama kalinya diadakan di SM Sains Labuan pada bulan April lepas. Jalinan akademik ini sangat bermakna untuk kedua dua buah sekolah terutamanya bagi persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi.