Hari ini, hari bertuah untuk warga smesh dengan kehadiran seorang Alumni Smesh, seorang pakar perubatan dalam bidang Neonatology di King College Hospital London. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr Zainab Kassim. Program hari ini merupakan Siri Jelajah Motivasi dan Perkongsian tentang kepentingan pendidikan dan penguasaan Bahasa Inggeris.

Bersama beliau pada hari ini ialah suami belian Dr Burhanudin Busu dan tiga anak mereka. Program jelajah mereka ini juga dinamakan sebagai SEAS, Sabah English Aspiratin Society. Dengan ada program ini telah dapat menyuntik semangat juang tinggi anak anak SMESH dalam menimba ilmu pengetahuan hingga ke peringkat luar negara.