Kejohanan Sukan Olahraga SMESH telah dilangsungkan hari ini di Padang IPG Kent Tuaran. Dengan cuaca yang baik, kejohanan ini telah dimulakan dengan acara senamrobik secara beramai-ramai di Dewan Tun Datu Mustapha. Pada hari ini acara yang dipertandingan ialah 200 meter, 400m, 4x400m dan 1500m. Manakala acara padang pula lompat tinggi, lembing, lontar peluru, cekera dan lompat jauh.

Acara sukan kali ini akan berlangsung selama tiga hari dan penutupannya akan dilangsungkan pada khamis ini 16 hb Ogos 2016. Pada hari pertama ini pungutan pingat telah didahului oleh Rumah Tun Ahmad Rafaei dengan pungutan 14 pingat emas.