Kejohonan Sukan Olahraga SMESH melabuhkan tirainya hari ini. Kejohonan kali ini sangat bermakna buat Rumah Tun Ahmad Rafaei atau TAR kerana telah menjulang kejuaraan buat tahun ketiga berturut turut. Rumah TAR telah memperolehi 23 pingat emas, 19 perak dan 11 gangsa. Sementara mengikuti.mereka di tempat kedua ialah Rumah Tun Said Keruak 16 emas, Tun Datu Mustapha 11 emas dan tempat keempat Tun Fuad Stephen dengan 4 pingat emas.

Malah lebih manis lagi bagi pasukan TAR ialah kejayaan menggondol juara perbarisan dan lintas hormat. Tahniah kepada ketua rumah TAR Cikgu Gadula Mustapha dan semua ahli ahlinya.

Sementara itu Rumah paling kreatif dan inovatif pula jatuh kepada rumah Tun Datu Mustapha. Penganjuran sukan kali ini sangat memuaskan, walau sedarhana tetapi meriah. Tahniah dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian.