Hari ini bermulanya satu program khidmat kesukarelawan bagi meneruskan kesinambungan sumbangan khidmat masyarakat di sekolah ini. Program hari ini dimulakan dengan Tema Kebersihan Dan Cintai Alam Sekitar. Kelas terpilih kali ini ialah Tingkatan 2 Beta.

Aktiviti mengemas dan memungut sampah bermula dari kawasan sekolah, pagar IPG, Masjid Daerah, Taman, Padang Bandaran, passe am dan sungai. Program hari ini diketuai oleh Cikgu Zailani Mumin dan Cikgu Rairol Seruji. Aktiviti ini merupakan program yang dilaksanakan 3 kali setahun di pekan Tuaran dibawah unit HEM dan Kokurikulum.