Hari ini merupakan hari istimewa bagi pelajar Tingkatan Tiga SM Sains Sabah. Pihak sekolah hari ini akan mengadakan Majlis Restu Ilmu daripada guru-guru yang mengajar mereka. Semoga ilmu yang dicurahkan selama ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Pengetua berharap semoga semua pelajar PT3 tenang dan bersedia untuk menghadapi PT3 pada minggu hadapan.