Penguruan Akademik SM Sains Sabah hari ini telah mengadakan dialog prestasi dengan ibu bapa calon SPM tahun ini. Dialog ini di antara bertujuan membincangkan prestasi calon SPM SMESH yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 5 November ini. Keputusan yang dicapai dalam peperiksaan percubaan baru baru sangat menggembirakan semua pihak dengan pencapaian GPS 2.26. Malah seramai 34 orang murid telah mendapat straight A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tahniah kepada semua calon SPM 2018 dan didoakan semoga prestasi ini akan menjadi kenyataan dalam keputusan SPM sebenar nanti. Amin.