18 OKT. – Ujian Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh atau UKSBP telah dijalankan di SM Sains Sabah dari 15 – 18 Oct 2018. Calon untuk ujian kali ini berjumlah 544 orang bagi pusat SM Sains Sabah sahaja. Dianggarkan seramai 70 puluh ribu calon telah dipilih untuk melalui ujian ini di seluruh negara.

Perjalanan ujian ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama YTL network dan para ibu bapa. Walaupun mendapat sedikit cabaran dari segi kesesakan talian pada hari pertama ujian telah dapat juga disempurnakan. Selain itu, bagi sekolah ini dicadangkan penambahbaikan dari segi keselesaan makmal dan kemudahan komputer yang mencukupi. Perkara ini memandangkan SMESH tidak mempunyai makmal komputer sebenar dan talian Internet yanh memuaskan. Semoga UKSBP pada masa depan akan lebih effesion dan berkesan.