10 Nov – SM Sains Sabah telah dilawati oleh pasukan Audit Negara pada hari ini dengan tujuan pelaporan dan bimbingan serta perkongsian ilmu. Pasukan audit ini sebenarnya telah datang pada minggu lepas untuk membuat pemeriksaan. Beberapa perkara yang ditegur dan diberi bimbingan ialah tentang pengurusan stor, aset dan pengurusan kewangan. Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dibantu dan dipelajari oleh pihak sekolah semasa sesi taklimat dan perbincangan kali ini. Pasukan audit negara ini telah diketuai oleh Awang Haji Ali. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan bimbingan Audit Negara semasa pemeriksaan ini.