23 November – Perhimpunan rasmi sekolah telah diadakan hari ini Di Dewan Tun Mustapha. Pengetua telah memberikan nasihat dan peringatan kepada semua pelajar agar memanfaatkan cuti dengan sebaiknya. Tugasan musim cuti juga dalam talian di smesh. edu. my/pdp21 perlu disiapkan sepenuhnya dalam cuti ini.

Selain itu dalam perhimpunan ini juga diadakan Majlis Perpisahan Ustaz W Ruhazlan Wan Ibrahim yang akan berpindah ke Sekolah Sains Setiu Terengganu. Warga Smesh mengucapkan selamat berpindah dan moga cemerlang di tempat baru.