21 Ogos 2019 – Program SMESH Future Leader atau SFL telah diadakan bermula hari ini di Taman Mini Akuakultur, Laya-laya Tuaran. Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Unit HEM dan telah dikendalikan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Pn. Roshilena Ichu, Pn. Siti mahani Mohammad dan En. Khairi Jafar. Program Kohot pertama ini akan berlansung sehingga 23 Ogos ini dan disertai oleh lebih 50 orang murid Tingkatan 1. Diantara lain objektif program ini ialah itu membentuk sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid. Selain itu aktiviti yang difokuskan juga untuk memantapkan jadi diri anak-anak pelajar agar lebih bersedia dengan cabaran budaya dan teknologi masa sekarang. Diharapkan program ini berjalan lacar dan mencapai matlamatnya.