24 Ogos – Berlangsungnya program tahunan anjuran Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Menengah Sains Sabah dengan kerjasama pihak sekolah. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Puan Rozalind Joannes. Beliau juga turut merasmikan Pelancaran Tabung Dana Pembelian Van Sekolah.Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan Hone ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Lebih kurang 150 orang ibu bapa dan guru telah menyertai mesyuarat ini.Pelancaran Tabung Dana Pembelian Van pula diadakan bagi menambah Kewangan pibg untuk membeli sebuah van. Van ini akan digunakan oleh pihak sekolah bagi memudahkan urusan penghantaran pelajar yang sakit dan mewakili sekolah.Diharapkan agar pihak ibu bapa dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak PIBG dan sekolah demi memacu kecemerlangan anak-anak didik Sekolah Menengah Sains Sabah. Sumbangan dalam pelbagai bentuk terutamanya kewangan amatlah diharapkan agar pelbagai impian dan perancangan pihak PIBG dapat direalisasikan.