Hari ini telah diadakan Program Sejuta Munajat bagi Tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan PT3 yang bermula minggu hadapan. Solat Hajat ini juga bertujuan untuk memohon kejayaan dan Keselamatan anak didik Smesh Ting. 3 dan juga Ting 1,2 dan 4 yang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun pada 1 Oktober ini. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan program kali ini.