10 Nov – Hari ini merupakan hari yang sa\nngat menggembirakan bagi seluruh warga SMESH kerana majlis penutupan telah dilangsungkan di Dewan Tun Datu Mustapha. Pelbagai aktiviti telah dipersembahkan seperti nyanyian pemenang SMESH Got Talent, SMESH Idol, artis jemputan dan artis-artis SMESH. Antara bakat-bakat yang menyampaikan persembahan ialah Waffa Wafieani, Graciella Grace, Ayu Natra dan Erfan Ellya.

Selain itu, sepanjang minggu lepas program-program yang diadakan seperti Perakan dan Ceramah sempena Maulidur Rasul, Pertandingan melukis Mural asrama, Keceriaan Dorm Asrama, Pertandingan E- sports, Rubik’s Cube Challange, Bola Tampar Terbuka dan Sukaneka asrama.

Program kali ini nampaknya lebih berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat dari para pelajar. Program ini diharapkan berterusan dari tahun ke tahun serta ditambahkan lagi dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik.