Majlis ini telah disempurnakan oleh Hj Zaini Bin Zair, Pengetua Cemerlang SM Sains Sabah. Pelajar Tingkatan 1 yang terlibat seramai 103 orang ialtu Sesi Kemasukan 1 dan Kemasukan 2. Bersama program Hari ini ialah YDP PIBG Tn Asri. Ucapan beliau mensasarkan sokongan ibu bapa kepada sekolah dan memuji kumpulan Tingkatan yang terbaik. Manakala Pengetua menjelaskan tentang serah amanah anak yang merupakan tanggungjawab beliau sebagai Ayahanda di sekolah ini. Beliau berjanji anak pelajar ini akan dijaga, dididik dengan penuh komitmen sehingga berjaya ke universiti.