Khamis 5 Mac – SM Sains Sabah melakar sejarah lagi sebagai sekolah terbaik di Sabah dan Zon Sabah, Sarawak dan Labuan dalam keputusan Peperiksaan SPM 2019. SMESH telah memperolehi Gred Purata 1.7 dan seramai 28 orang pelajarnya mendapat semua A ke atas dalam semua subjek yang diambil. Dalam Peperiksaan kali ini 7 subjek telah meningkat dengan ketara dengan didahului subjek Pendidikan Agama Islam 0.44, B. Melayu 0.47 dan Matematik 0.49.

Tahniah kepada Pengetua Cemerlang SMESH Hj. Zaini Bin Zair, Semua PK, semua guru dan terutamnya Guru subjek Ting. 5 tahun 2019 yang telah merealisasikan Kejayaan ini. Syabas juga kepada semua ibu bapa yang Banyak membantu dan menyokong anak anak di SMESH, terutamanya YDP Tn Asri. Akhir sekali tahniah kepada semua Pelajar SPM 2019 yang penuh komited dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan tahun ini.