Pada 29 September 2020 Pengetua SM Sains Sabah, Haji Zaini Bin Haji Zair dan YDP PIBG, En Asri Bin Mohammad telah melancarkan 100 Days Supremacy. Program ini memberi fokus utama kepada persediaan pelajar-pelajar SPM tahun untuk melakar kejayaan lebih bermakna pada tahun hadapan. Supremacy menekankan Pdpc yang lebih berkesan, kelas TE Towards Exellence, Klinik Berfokus hinggalah kepada bimbingan Pengetua, Motivasi dan Solat Hajat.

Selain itu, pihak sekolah juga sentiasa memberi perhatian kepada ketenangan, kesegaran minda pelajar dalam program motivasi, segar minda dan pemakanan berkhasiat. Momentum dan prestasi pelajar sentiasa dipantau dan ditingkatkan melalui ujian dan penilaian berterusan. Dengan ada program ini diharapkan pelajar sentiasa sedar dan bersedia untuk menghadapi Peperiksaan SPM sebenar nanti.