16 MAC – Tepat jam 3.45 petang, pelajar Ting. 5 2020 SM Sains Sabah telah menamatkan menjawab kertas 3 Biologi mereka. Jelas terpancar diwajah mereka kegembiraan, kepuasan dan perasaan lega bukan sahaja telah habis menjawab Peperiksaan SPM 2020,tetapi juga telah menghabiskan sesi persekolahan mereka. Bukan sedikit dugaan yang melanda terutama pandemik Covid 19 yang masih mengancam sekarang, namum mereka gigih, bersemangat dan kental belajar untuk kejayaaan pendidikan mereka. Tahniah anak-anak SMESH, semoga terus kekal berjaya dan juara dalam arena apa pun. Kuatkan jati diri, sayangi diri dan keluarga, sahabat dan patuhi suruhan Tuhan, InsyaAllah anda akan berjaya jadi insan yang terbaik. Selamat maju jaya dan selamat sampai ke rumah masing-masing. Amin.