Majlis yang sungguh bermakna ini telah dijayakan oleh kumpulan ibu bapa pelajar SPM 2020. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa, terutama Group Ibubapa Ting 5 2020 yang sangat dedikasi kepada anak anak pelajar dan guru-guru. Keakraban, sokongan, persatuan ibu ini sangat menyumbang ke arah kecemerlangan anak anak mereka di SMESH. Bukan sahaja semasa anak anak mereka di Ting. 5, malah sokongan mereka ini telah bermula dari Tingkatan 1 lagi, hingga ke Tingkatan 4 dan 5.

Banyak sumbangan yang telah diberikan seperti sokongan akademik, kelas motivasi, Towars Exellence dan banyak lagi program akademik. Malah pelajar-pelajar ini telah diberikan makanan tambahan semasa mereka menghadiri kelas tambahan pada hujung minggu dan malam.

Sumbangan makan ini merupakan sumbangan ibu bapa bagi menghargai komitmen dan usaha gigih guru-guru SMESH bagi kecemelangan akademik SMESH.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.