Hari ini merupakan hari bersejarah bagi pelajar baharu SM Sains Sabah yang mula mendaftar sebagai pelajar SMESH bermula pada pukul 8.00 pagi. Seramai kira-kira 103 orang pelajar Ting. 1 dan 19 orang pelajar Tingkatan 4 telah mendaftar sehingga pukul 12.00 Teengah hari tadi.

Perancangan teliti pihak sekolah dengan membahagi kawasan pendaftran, penyampinan beg, parking dan laluan yang tersusun menyebabkan aktiviti hari ini sangat lancar. Borang yang lebih awal diisi ibu bapa dan bantuan AJK Pendaftaran sangat membantu proses hari ini. Pematuhan SOP dan sanitasi beg pelajar juga telah dilaksanakan dengan baik. Lawatan dan pemantau Pegawai Perhubungan Polis sekolah, Pn Amalia dan Pn Shirrene juga sangat membantu sekolah dalam kawalan pergerakan ibu bapa dan pelajar.

Pada hari ini juga merupakan hari pertama pembukaan sekolah bagi PdP bersemuka. Semoga PdP berjalan lancar dan kita dapat mengikut SOP serta dapat menghalang pendemik Covid-19.