Pada hari ini, 12 April 2021 merupakan hari pertama pembukaan Sekolah Menengah Sains Sabah bagi PdP bersemuka 2021. Namun pada pagi yang indah ini juga telah bertukar syahdu, sedih, dan dukacita setelah pihak sekolah menerima berita kehilangan seorang guru, Mina Bungan Stephen Sile, yang sangat baik hati, lemah lembut dan cemerlang dalam menjalankan tugasnya. Beliau diberitakan baru tiga minggu lepas menghidap penyakit kanser.

Mendiang merupakan seorang guru bahasa Jepun yang telah mengajar di Sekolah ini lebih 10 tahun. Beliau sangat rapat dengan pelajar dan aktif dalam menjayakan program Bahasa Jepun hingga SMESH mempunyai ramai pelajar yang melanjutkan pelajar ke Jepun. Malah SMESH mempunyai linkages dengan Kedutaan Jepun. Sensi Mina juga aktif dalam Persatuan Kadet Polis di SM Sains Sabah.

Sebagai makluman, keluarga mendiang sedang menguruskan jenazah pada masa ini dan akan dibawa ke Miri, Sarawak tempat kelahirannya. Majlis Penghormatan terakhir akan dibuat pada esok hari.

Salam Takziah kepada seluruh keluarga beliau dan moga bersabar menghadapi dugaan.