Hari ini SMESH melakar kejayaan dengan mengekalkan pencapaian terbaik keputusan SPM 2020 di Sabah. SMESH telah mencapai Gred Purata Sekolah 1.86 dan berada dikedudukan pertama di negeri Sabah. Sekolah yang terus mengikuti kedudukan SMESH ialah SMKA Tun Ahmad Shah dan SMKA Kota-kinabalu. Walaupun GPS SMESH menurun sedikit berbanding tahun 2019, 1.70 namun, kualiti pelajar yang mendapat bilangan A semakin ramai. Seramai 25 orang pelajar mendapat semua A dan 28 pelajar sekurang-kurangnya mendapat 8A dan 1B. Pelajar terbaik kali ini ialah Mohd Izzraff Bin Janius yang mendapat 9A+.

Tahniah kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa yang terus bertungkus lumus mencapai kejayaan ini walaupun dengan cabaran dan PdPR semasa pandemik Covid 19 sejak Mac 2020 lagi.